Jumaat, 4 November 2016 | 11:13am
Gambar hiasan. - Foto Hafiz Sohaimi
Gambar hiasan. - Foto Hafiz Sohaimi

Bursa Malaysia rendah pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melanjutkan kejatuhan yang dicatatkannya semalam untuk dibuka rendah hari ini berikutan pengambilan untung berterusan dalam kebanyakan saham mewah, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 3.52 mata kepada 1,644.56 daripada penutup semalam 1,648.08.

Indeks itu dibuka 1.74 mata lebih rendah kepada 1,646.36.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 104 berbanding 90, sementara 151 kaunter kekal tidak berubah, dengan 1,326 tidak didagangkan dan 16 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 73.72 juta saham bernilai RM50.62 juta.

Indeks FBM Emas jatuh 19.73 mata kepada 11,594.65, Indeks FBMT100 merosot 19.85 mata kepada 11,301.34 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 28.94 mata kepada 12,203.08.

Indeks FBM 70 jatuh 8.20 mata kepada 13,508.09 dan Indeks FBM Ace merosot 11.87 mata kepada 4,991.06.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan jatuh 27.89 mata kepada 7,757.23, Indeks Kewangan meningkat 24.89 mata kepada 14,277.09 sementara Indeks Perindustrian merosot 8.18 mata kepada 3,131.28.

Saham mewah, TNB tidak berubah kepada RM14.28 sementara Maybank, Public Bank dan Sime Darby jatuh dua sen setiap satu kepada masing-masing RM7.76, RM19.82 dan RM8.14.

Di kalangan kaunter aktif, Metronic naik satu sen kepada 8.5 sen, Dnonce meningkat setengah sen kepada 31 sen, RCE Capital melonjak sembilan sen kepada RM1.32 sementara M3 Technologies tidak berubah pada paras lima sen. - BERNAMA

Berita Harian X