Jumaat, 4 November 2016 | 6:36pm

Sultan Nazrin ke Majlis Bersama Rakyat di Sayong

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Persisiran Sayong di Kuala Kangsar, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Persisiran Sayong di Kuala Kangsar, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Persisiran Sayong di sini hari ini.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim kira-kira jam 5.20 petang itu disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, Majlis Bersama Rakyat itu tetap meriah dihadiri lebih 2,000 orang daripada pelbagai kaum sekitar bandar ini yang setia menunggu sejak dari jam 3.30 petang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan puisi bertajuk 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' oleh Guru Pembimbing Sastera dan Budaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati, Suhaimi Ahmad.

Selain itu, baginda berdua dan hadirin turut dihiburkan dengan persembahan gambus dari Kumpulan Gambus TMC Klasik, Parlimen Padang Rengas dan persembahan nyanyian dari Sekolah Seni Malaysia Perak, SMK Muhibbah, Sungai Siput.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X