Ahad, 6 November 2016 | 3:01pm

Saya rela ditangkap, dipenjara jika bersalah - Ahok

GABENOR Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama. - Foto Reuters
GABENOR Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama. - Foto Reuters

JAKARTA: Tuntutan ratusan ribu penunjuk perasaan, kelmarin tidak memberi kesan sebaliknya Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, berkeras bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama panggilan Ahok memberi alasan bahawa beliau sebenarnya difitnah.

"Jika negara hancur kerana Ahok, saya rela dipenjarakan tetapi saya tidak rela dipenjara kerana menjadi mangsa fitnah," kata Ahok menjawab tuntutan demonstrasi besar-besaran, kelmarin.

Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama, yang akan mempertahankan jawatannya sebagai gabenor Jakarta pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017, dipetik sebagai berkata demikian oleh media-media tempatan hari ini.

Dalam satu sidang media, hari ini Ahok mendakwa video ucapan di Pulau Seribu, bulan lalu sudah diubah pihak tertentu bagi menggambarkan beliau mempertikaikan Surah Al-Maidah, Ayat 51.

Katanya, beliau tidak bermaksud untuk menista atau menghina ayat suci Al-Quran dan meminta maaf kepada semua umat Islam jika kata-katanya itu telah disalah tafsir.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak bermaksud untuk menghina ayat suci Al-Quran dan memohon maaf kepada semua umat Islam, jika ucapan itu disalah tafsir. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X