Isnin, 7 November 2016 | 1:08pm

75,543 duduki SPM di Selangor


CALON-CALON menduduki peperiksaan SPM di Skolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong. - Foto Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM: Seramai 75,543 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 10 daerah di Selangor, hari ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, daerah Hulu Langat mencatatkan calon yang paling ramai pada tahun ini iaitu 13,994 pelajar membabitkan 82 pusat peperiksaan.

"Sebanyak 13,964 calon pula mengambil peperiksaan di daerah Petaling Perdana membabitkan 81 pusat manakala daerah Klang sebanyak 13,116 calon di 80 pusat.

"Daerah lain seperti Gombak (10,620 calon); Petaling Utama (6,585 calon); Kuala Selangor (4,462 calon); Kuala Langat (3,844 calon); Hulu Selangor (3,631 calon); Sepang (2,953 calon) dan Sabak Bernam (2,374 calon)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 180 calon adalah Calon Berkeperluan Khas (CBK) termasuk tujuh yang mengalami masalah penglihatan.

"Seramai 22 calon terpaksa menduduki peperiksaan di hospital manakala calon di Penjara Kajang pula seramai 19 orang," katanya.

Hari ini, calon menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1, diikuti Pendidikan Seni Visual - Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.

Berita Harian X