Isnin, 7 November 2016 | 4:58pm

Gementar ambil SPM di hospital

IPOH: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael di sini terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital KPJ-ISH Ipoh selepas kaki sebelah kirinya patah akibat terbabit dalam jalan raya berdekatan Taman Silibin di sini, malam tadi.

M S Karthikraj Sevrai, 17, berkata dia dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam selepas selesai berdoa di gereja untuk menghadapi SPM apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah bas kilang.

"Syukur saya masih selamat tetapi saya memarahi pemandu itu apabila mengetahui dia baru seminggu menjadi bekerja dan disebabkan itu nyawa saya hampir melayang," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan selepas menjawab kertas peperiksaan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu, keluarganya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini. 

Karthikraj berkata, dia sudah bersedia mengulangkaji pelajaran namun berasa agar takut dan gementar berikutan tidak biasa mengambil peperiksaan dalam keadaan kaki berbalut dan berada di atas katil.

Dia yang juga anak sulung daripada dua beradik meminati mata pelajaran Biologi dan menyasarkan memperoleh 5A bagi memenuhi cita-citanya menjadi jurutera automotif.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X