Selasa, 8 November 2016 | 3:21pm

Ekovest jual 40 peratus kepentingan Kesturi kepada KWSP

KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Pengarah Urusan Ekovest Berhad Datuk Seri Lim Keng Cheng (dua dari kiri) bersalaman dengan Ketua Jabatan (Jabatan Pasaran Persendirian) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Mohamad Hafiz Kassim selepas Majlis Menandatangi Perjanjian Pembelian Jualan Saham Bersyarat (SSA) antara Ekovest Berhad dan KWSP hari ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Ekovest Berhad Tan Sri Lim Kang Hoo (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan) KWSP Datuk Mohamad Nasir Ab Latif (kanan). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ekovest Bhd menerusi anak syarikatnya, Nuzen Corporation Sdn Bhd menjual 40 peratus kepentingan dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (Kesturi) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM1.13 bilion.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian pembelian jualan saham bersyarat (SSA) di sini hari ini.

Apabila selesainya SSA itu, KWSP akan membayar RM921 juta tunai kepada Ekovest dan seterusnya RM209 juta akan dibayar oleh KWSP kepada Ekovest dalam bentuk tunai berikutan pengeluaran perakuan siap prakrikal Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) fasa kedua, yang mana RM149 juta akan dimasukkan ke dalam akaun yang ditetapkan faedah oleh Ekovest.

Hasil yang diperoleh daripada cadangan penjualan itu, Ekovest bercadang untuk memperuntukkan RM400 juta bagi pembayaran hutang, sehingga RM245 juta akan diagihkan kepada pemegang saham Ekovest , RM485 juta untuk modal kerja dan korporat umum dan lain-lain.Cadangan penjualan itu dijangka selesai separuh pertama 2017.

Berita Harian X