Rabu, 9 November 2016 | 6:54pm

Allianz tawar penyelesaian pakir kenderaan

KUALA LUMPUR: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd bekerjasama dengan ParkEasy, aplikasi rakan perkongsian yang menawarkan penyelesaian pakir kenderaan tanpa bimbang menerusi Perlindungan Pecah Masuk kenderaan kepada pelanggannya.

Ketua Bahagian Inovasi Digital dan Projek Khas Allianz Insurance, Linda Lor, berkata perlindungan berkenaan meliputi sehingga RM1,500 ganti rugi apabila kenderaan mereka dipakir menggunakan aplikasi terbabit.

"Dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kami bekerjasama dengan ParkEasy untuk memberi pengalaman tanpa risau apabila kenderaan mereka dilindungi oleh Allianz.

"Pengguna ParkEasy tidak perlu risau kerana kenderaan mereka dilindungi daripada pecah masuk apabila menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan tempat letak kereta yang sah sepanjang tempoh kenderaan mereka diparkir," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ParkEasy, Warren Chan berkata, kemudahan itu adalah aplikasi yang mudah digunakan, malah menjimatkan masa dan tenaga.

"Namun, kami tahu bahawa perlindungan adalah salah satu perkhidmatan penting yang akan meningkatkan pengalaman ParkEasy. Dalam bekerjasama dengan Allianz Insurance, kami kini mampu melindungi pengguna sepanjang perjalanan meletakkan kereta mereka. Jadi, ia adalah situasi yang menguntungkan pengguna," katanya.

Info

* ParkEasy boleh didapati pada peranti iOS dan Android menerusi platform App Store atau Google Play. Maklumat lanjut, layari www.parkeasy.co.

Berita Harian X