Rabu, 9 November 2016 | 10:27pm

Presiden Mesir pemimpin pertama hubungi Trump


Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menjadi pemimpin dunia pertama menghubungi dan mengucapkan tahniah kepada Donald Trump di atas kejayaannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, hari ini.

Sisi mengadakan pertemuan mesra dengan Trump semasa lawatan ke New York pada September lalu dan berkata beliau berharap pilihan raya itu bakal memberi nafas baru dalam hubungan Amerika Syraikat-Mesir.

"Presiden dipilih itu melahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada presiden, menyatakan ia adalah panggilan antarabangsa pertama yang diterimanya untuk mengucapkan tahniah kerana memenangi pilihan raya itu," menurut kenyataan Pejabat Presiden Mesir. - Reuters

116 dibaca
Berita Harian X