Khamis, 10 November 2016 | 1:09am

Clinton sedia bekerja bersama Trump

Hillary Clinton bercakap dengan kakitangan dan penyokong beliau mengenai keputusan pilihan raya AS di sebuah hotel di kota Manhattan, New York. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Calon Demokrat, Hillary Clinton, berkata dia sudah menawarkan diri untuk bekerja bersama Donald Trump yang terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.

Dalam ucapannya, wanita berusia 69 tahun itu berharap Trump akan berjaya sebagai pemimpin untuk semua rakyat AS selepas ini.

Dalam Pilihan Raya Presiden AS, semalam, Clinton yang dianggap pilihan ke Rumah Putih, kalah kepada Trump.

Trump menang 278-228 menerusi undi electoral dan dipilih menjadi Presiden AS ke-45. - Reuters

Berita Harian X