Jumaat, 11 November 2016 | 7:44am

Ancaman bom, pesawat Chile berpatah balik

SANTIAGO: Pesawat dalam penerbangan dari ibu negara Chile dan Bandaraya Punta Arenas, di selatan negara itu terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas pada tengah hari Khamis selepas menerima ancaman bom.

Seorang wanita Brazil dalam pesawat LATAM Airlines itu memberitahu salah seorang pembantu pesawat ada bom dalam kapal terbang itu kira-kira 20 minit sejurus berlepas, kata pengurus lapangan terbang, Juan Luis Rodriguez.

Selepas kembali ke Santiago, penumpang diiringi keluar dari pesawat, katanya, dan wanita itu ditahan. Pihak berkuasa sedang menggeledah pesawat itu.

LATAM Airlines dalam kenyataannya berkata, ia tidak dapat mengulas kejadian itu kerana akur dengan protokol penerbangan. - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X