Sabtu, 12 November 2016 | 8:37am

Hujan di Kelantan, Pahang, Terengganu pagi ini

KUALA LUMPUR: Hujan diramalkan berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan manakala Pahang dan Terengganu hujan di satu dua tempat, pada sebelah pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, lain-lain tempat bagaimanapun diramalkan tiada hujan.

"Di Sabah, hujan diramalkan berlaku di kawasan pedalaman, manakala di Kudat serta Sandakan, hujan di satu dua tempat di kawasan pantai dan lain-lain tempat tiada hujan.

"Di Sarawak pula, Limbang diramalkan hujan di satu dua tempat, Bintulu, Miri dan Mukah hujan di satu dua tempat di kawasan pantai manakala lain-lain tempat tiada hujan.

Sementara itu, MetMalaysia memberi amaran ribut petir menyeluruh di perairan Sarawak (Miri) dijangka berterusan hingga pagi ini, dengan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian mencecah 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Menerusi laman web yang dikemas kini jam 6.18 pagi ini, ribut petir di perairan Reef North juga dijangka berterusan hingga pagi ini.

Berita Harian X