Sabtu, 12 November 2016 | 9:29am
KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 83 Jalan Ipoh - Butterworth, dekat sini awal pagi tadi. Kemalangan ini menyebabkan seorang Pengarah sebuah syarikat berusia 80 tahun maut dan empat lagi cedera. - Foto Ihsan PDRM

Pengarah syarikat maut nahas 3 kenderaan

KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan hingga mengakibatkan seorang pengarah syarikat maut dan empat lagi cedera di Taiping awal pagi tadi.
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan hingga mengakibatkan seorang pengarah syarikat maut dan empat lagi cedera di Taiping awal pagi tadi.

TAIPING: Pengarah sebuah syarikat maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 83 Jalan Ipoh - Butterworth, dekat sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang maut adalah Ng Ah [email protected] Gim Chooi, 80, pengarah syarikat Eng Heap Seng Rice & Flourmill (M) Sdn Bhd yang berasal dari Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu jenis Nissan Sylphy, Volkswagen dan Proton Wira."Kemalangan juga babitkan lima mangsa dengan seorang maut dan empat lagi cedera.

"Mangsa yang maut adalah pemandu Volkswagen, manakala yang cedera adalah pemandu dan dua penumpang Nissan Sylphy serta pemandu Proton Wira," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Sylphy dipercayai datang dari arah Kamunting dan memasuki laluan bertentangan lalu terlanggar pintu belakang sebelah kanan Wira sebelum terbabas serta melanggar Volkswagen dari arah bertentangan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Berita Harian X