Sabtu, 12 November 2016 | 2:44pm

Pulau Jerejak: Kerajaan negeri tak faham bidang kuasa

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang didakwa menjalankan transaksi sekutu bersama beberapa pemaju yang dilabel 'pro-Ketua Menteri' dalam projek pembangunan semula Pulau Jerejak.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, berkata ia berikutan beberapa kenyataan tidak masuk akal dikeluarkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang antara lain disifatkan sebagai 'temberang terbaik 2016'.

Katanya, dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mempunyai kawalan majoriti adalah dangkal, sekali gus menjelaskan Setiausaha Agung DAP itu tidak faham bidang kuasa kerajaan negeri.

"Bolehkah UDA Holdings membuat tawaran untuk menjual saham yang dimiliki PDC, sedangkan PDC adalah pemilik sah? Justeru, ini jelas menunjukkan temberang kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung isu Pulau Jerejak.

"Tambahan, usaha sama antara Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) dan Ideal Property Sdn Bhd (Ideal) untuk membangunkan Pulau Jerejak pada 2013 sudah pun ditolak Ketua Menteri.

"Justeru, dakwaan UDA Holdings dalam urusan membeli saham milik PDC dalam TIRSB adalah satu lagi temberang," katanya ketika mengulas beberapa kenyataan Guan Eng dan PDC berhubung isu Pulau Jerejak pada sidang media di Pejabat GERAKAN Pulau Pinang di sini, hari ini.


TENG Chang Yeow (kanan) pada sidang media mengenai isu Pulau Jerejak, Transaksi Sekutu dan Temberang Terbaik Tahun 2016, di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang, Jalan Macalister, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Mikail Ong
87 dibaca
Berita Harian X