Ahad, 13 November 2016 | 1:24am

Hamilton raih petak utama GP Brazil

HAMILTON meraih petak utama Grand Prix Brazil sebentar tadi. - Foto AFP

SAO PAULO: Lewis Hamilton meraih petak utama Grand Prix Brazil sebentar tadi dan rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg menyertai juara dunia tiga kali itu di barisan depan perlumbaan esok.

Ia adalah petak utama ke-60 sepanjang karier Hamilton, kurang lapan berbanding rekod dipegang Michael Schumacher, dan yang pertama buatnya di Brazil sejak tahun 2012.

Rosberg bakal meraih kejuaraan pertamanya jika memenangi perlumbaan esok, tetapi Hamilton, yang ketinggalan 19 mata, menunjukkan keazamannya untuk mengheret penentuan kejuaraan sehingga perlumbaan terakhir di Abu Dhabi dengan mengungguli sesi kelayakan hari ini.

Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen di petak ketiga dengan Max Verstappen dari Red Bull menyertai juara dunia 2007 itu di barisan kedua. - Reuters

Berita Harian X