Ahad, 13 November 2016 | 8:46am

Sultan Nazrin sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut sama menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah di Dataran Pavillion di Kuala Kangsar. Turut sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tiga dari kiri) bersama pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhammad Ridzuan Puzi (dua dari kanan) dan barisan tetamu kehormat yang lain. - Foto Supian Ahmad

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, hari ini berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta anggota Exco kerajaan negeri.

Larian yang diadakan bersempena Hari Keputeraan baginda yang disambut pada 4 November lalu disertai kira-kira 5,000 orang dari dalam dan luar negara.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melepaskan peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah di Dataran Pavillion di sini. Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Foto Supian Ahmad

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km dan 7km manakala peserta kategori tetamu kehormat yang melibatkan jarak 2km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Acara yang bermula pada 6.20 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran dua pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly serta Siti Noor Radiah Ismail yang meraih gangsa pada temasya itu. - BERNAMA

Berita Harian X