Ahad, 13 November 2016 | 2:21pm

Zuckerberg antara pemilik akaun FB dikatakan 'mati'


GAMBAR fail, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada pembukaan Kongres Mobile Dunia 2015, di Barcelona. - Foto AFP

SAN FRANCISCO: Facebook secara tidak sengaja mengisytiharkan kematian pengasasnya, Mark Zuckerberg, dan beberapa pengguna lain kelmarin, dan mengaku ia melakukan "kesilapan besar" selepas mengatasi masalah itu.

"Buat masa singkat hari ini, mesej untuk peringatan profil disiarkan ke akaun lain secara salah.

"Ia adalah kesilapan besar yang sudah kami atasi," kata jurucakap Facebook.

Laporan media menunjukkan kira-kira dua juta mesej peringatan itu disiarkan di laman profil.

Malah pengasas bersama Facebook dan Ketua Eksekutifnya, Zuckerberg, juga diingati dalam mesej kepada laman profil beliau, meluahkan harapan mereka yang menyayanginya akan tenang menerusi kenyataan yang dikongsi orang ramai sebagai penghargaan kepada kehidupan beliau.

"Kasihan Mark," menurut tweet @JudiD23 yang turut memasukkan emoji tangisan.

Rangkaian media sosial itu meminta maaf dan berkata ia berusaha seberapa pantas untuk membetulkan masalah itu. - Agensi

392 dibaca
Berita Harian X