Selasa, 15 November 2016 | 10:11am
Sebahagian rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Balembang di Pulau Bum-Bum, awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Semporna. - Foto ihsan Bomba
Sebahagian rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Balembang di Pulau Bum-Bum, awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Semporna. - Foto ihsan Bomba

60 rumah musnah dalam kebakaran di Pulau Bum-Bum


Sebahagian rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Balembang di Pulau Bum-Bum, awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Semporna. - Foto ihsan Bomba

SEMPORNA: Sebanyak 60 rumah atas air di Kampung Balembang di Pulau Bum-Bum dekat sini, musnah dalam kebakaran mengakibatkan lebih 300 penghuni hilang tempat tinggal, pagi tadi.

Kejadian jam 4 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak sehingga memusnahkan puluhan lagi rumah yang terletak berdekatan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Ia kes kedua di pulau berkenaan selang empat hari selepas kebakaran memusnahkan 13 rumah di Kampung Hampalan Laut, Jumat lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kebanyakan mangsa masih tidur dan gagal menyelamatkan harta benda masing-masing menyebabkan sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.10 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi.

Katanya, pihak bomba mendapatkan bantuan bot Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna untuk ke pulau berkenaan.

"Bomba tiba di lokasi kebakaran pada jam 4.52 pagi dan operasi dapat dikawal 20 minit kemudian sebelum ditamatkan pada jam 7.16 pagi.

"Kebakaran membabitkan kira-kira 60 rumah atas air jenis kayu berkeluasan 0.4 hektar yang terbakar 100 peratus.

"Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

39 dibaca
Berita Harian X