Selasa, 15 November 2016 | 3:22pm

Pairin tidak tanding PRU-14, bersara dari politik


PRESIDEN PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. - Foto Malai Rosmah Tuah

PENAMPANG: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan akan bersara daripada politik.

"99 peratus saya tidak akan bertanding pada PRU depan. Saya mahu bermain dengan cucu dan menyiapkan buku saya yang belum habis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres PBS Ke-31, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah tiga Timbalan Presiden PBS iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Dr Yee Moh Chai dan Senator Datuk Jamilah Sulaiman.

Pairin, 76, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menjadi Presiden PBS selama 31 tahun iaitu sejak penubuhan parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada 1985.

468 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »