Khamis, 17 November 2016 | 7:45am

Perak, Selangor hujan pagi ini

Ramalan cuaca pada sebelah pagi di Semenanjung Malaysia.

KUALA LUMPUR: Perak dan Selangor diramal hujan di beberapa tempat pagi ini manakala lain-lain tempat tiada hujan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan di Labuan, Sabah, hujan juga diramal berlaku pagi ini di satu dua tempat di kawasan pantai manakala tempat lain tiada hujan.

"Betong, Bintulu, Miri, Mukah, Sarikei di Sarawak pula, hujan di satu dua tempat di kawasan pantai diramal berlaku pagi ini manakala lain-lain tempat tiada hujan," kata laporan itu.

Sementara itu, pada sebelah petang, Kelantan, Terengganu diramal hujan di beberapa tempat, Johor, Melaka, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan pula dijangka ribut petir di beberapa tempat manakala lain-lain tempat, ribut petir di satu dua tempat.

Ramalan cuaca pada sebelah pagi di Sabah dan Sarawak.

Kudat, Sandakan, Tawau di Sabah pula, hujan di satu dua tempat, Pantai Barat dan Pedalaman, ribut petir di satu dua tempat manakala tempat lain tiada hujan pada sebelah petang.

Di Sarawak, ribut petir juga diramal berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat.

Bagi perairan Malaysia, MetMalaysia menerusi laman web yang dikemas kini jam 5.41 pagi ini melaporkan perairan Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan dan Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat) diramal mengalami ribut petir pagi ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian mencecah 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," kata laporan itu.

Berita Harian X