Jumaat, 18 November 2016 | 3:55pm
Nahas 11 kenderaan di KM321 Lebuhraya Utara-Selatan

Sesak akibat kemalangan 11 kenderaan

TAPAH: Laluan di Kilometer 321 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Tapah, sesak hampir 10 kilometer susulan kemalangan membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori pada jam 10.30 pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun tiga mangsa cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.

Laluan di lebuh raya berkenaan dibuka semula kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas laluan ke selatan dilencongkan ke susur keluar Gopeng bagi mengurangkan kesesakan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

ANTARA kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di laluan di Kilometer 321 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Tapah. - Foto Supian Ahmad

 SESAK hampir 10 kilometer susulan kemalangan membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori, pagi tadi. - Foto Supian Ahmad

Berita Harian X