Sabtu, 19 November 2016 | 12:15am

Rashford boleh 'membunuh' kami - Wenger

PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford. - Foto Reuters

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, percaya penyerang "pembunuh", Marcus Rashford akan membantu Manchester United dalam pertembungan dua pasukan itu di Old Trafford, esok.

Penyerang remaja, Rashford masuk secara dramatik ke bola sepak utama pada Februari, menjaringkan dua gol ketika United menang 3-2 mengatasi Arsenal hanya selepas sehari menyumbat dua gol pada penampilan pertama berdepan FC Midtjylland.

Pemain berusia 19 tahun itu, kini pemain antarabangsa England, memulakan permainan dalam lima perlawanan Liga Perdana buat United sebelum pengurus Jose Mourinho tidak menggunakannya ketika kemenangan 3-1 di Swansea sebelum ini.

Wenger, yang mahu memastikan kemenangan sulung dalam liga mengatasi bekas bos Chelsea itu dalam saingan kali ke-12 dalam liga utama berdepan pencabar dari Portugal itu, berkata prestasi Rashford membuatkannya terkejut.

"Dia memang boleh menjadi pemain bahaya. Berdepan hantaran lintang pergerakannya bagus, gaya pergerakan dalam kotak penalti juga kuat.

"Dia mengejutkan setiap orang kerana tiada siapa mengenalinya di England."kata Wenger. - AFP

Berita Harian X