Sabtu, 19 November 2016 | 8:07am

LAPORAN LANGSUNG: Perhimpunan Bersih 5

BERIKUT laporan langsung yang dibawa wartawan dan kru Berita Harian Online (BH Online) di beberapa lokasi perhimpunan Bersih 5, Gerakan Baju Merah, dan kumpulan lain yang dijangka pagi ini sekitar ibu negara Kuala Lumpur dan beberapa ibu negeri.

5.25 petang: Hujan renyai di KLCC, peserta Baju Kuning mula beredar namun sebahagiannya masih setia berhimpun di jalanan.

5.11 petang: Tun M bersama Muhyiddin dan Mukhriz masih berada di atas sebuah kenderaan di pekarangan KLCC bersama peserta perhimpunan Bersih 5

5.08 petang: Sebahagian peserta Baju Kuning mula beredar dari pekarangan KLCC berikutan cuaca mendung.

5 petang: Peserta Bersih 5 di KLCC dan Dataran Merdeka masih kekal berhimpun.

4.22 petang: Polis masih buat penghadang antara Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, penyokong Bersih 5 masih berhimpun.

4.01 petang: Kumpulan Baju Merah yang berkumpul di Jalan Raja Laut berhampiran Kompleks Pertama beransur-ansur meninggalkan kawasan itu.

3.26 petang: Kekecohan tercetus di Jalan Raja Laut apabila beberapa peserta BERSIH 5 masuk ke kawasan Baju Merah, namun polis berusaha menenangkan keadaan daripada berlaku pergaduhan.

3.22 petang: Seorang individu Baju Merah ditangkap apabila cuba menyerang seorang individu berbaju kuning dipercayai peserta Bersih 5 yang lalu di kawasan kumpulan Baju Merah berkumpul di Jalan Raja Laut.

3.20 petang: Tun M diiringi Muhyiddin, Mukhriz dan beberapa pemimpin pembangkang lain tiba di pekarangan KLCC

3.10 petang: Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa memberikan ucapan pembukaan di Jalan Ampang berhampiran KLCC

3.07 petang: Tun Mahathir masih belum kelihatan di KLCC

2.42 petang: Anggota FRU kembali bersiap sedia di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) susulan kedatangan semula sekumpulan Baju Merah di kawasan Jalan TAR dan Jalan Raja Laut.

2.29 petang: Kehadiran pelumba kereta negara, Alex Yoong dengan memakai baju kuning mengundang spekulasi peserta baju merah. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu sekadar berjalan-jalan di sekitar Padang Merbok.

2.20 petang: Empat peserta pengsan dan dibawa ke tempat rawatan oleh petugas Angkatan Perkhidmatan Awam.

2.10 petang: Sebahagian peserta baju kuning dari LRT Bangsar diketuai Lim Kit Siang memasuki NU Sentral untuk menaiki LRT menuju ke KLCC berikutan dimaklumkan terdapat sekatan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka

2.07 petang: Peserta Bersih 5 yang bergerak dari Masjid Negara, tiba di Pasar Seni sebelum menuju ke Masjid Jamek.

2.02 petang: Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilaporkan di Jalan Tun Sambanthan untuk menuju ke Dataran Merdeka

1.56 tengah hari: Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor sedang dalam perjalanan untuk sertai perhimpunan Bersih 5.

1.45 tengah hari: Peserta Bersih Sabah yang berkumpul di hadapan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Kinabalu mula bergerak ke lokasi perhimpunan di Taman Ujana Rimba Tropika, di Jalan Penampan

1.40 tengah hari: Majoriti daripada peserta Bersih 5 di sekitar LRT Bangsar mengambil keputusan untuk menggunakan laluan Brickfields untuk ke Dataran Merdeka susulan sekatan polis di Jalan Travers

1.35 tengah hari: Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang turut mengikut kumpulan kuning mengunakan laluan Brickfields menuju ke Dataran Merdeka.

12.45 tengah hari: Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreneevasan menyifatkan perhimpunan Bersih 5 sebagai satu kejayaan walaupun tidak dibenarkan melepasi sekatan polis di Jalan Travers untuk menuju ke Dataran Merdeka. Ceramah dan program himpunan di sekitar jalan terbabit akan diteruskan seperti biasa hingga jam 6 petang.

12.38 tengah hari: Sekumpulan individu memakai baju kuning dan merah melalui Jalan Hang Lekiu dan menuju ke Jalan Tun Perak.

12.30 tengah hari: Penganjur Bersih 5 terpaksa akur dengan arahan polis dan mengambil keputusan untuk bersorak selain meneruskan aktiviti dan ceramah seperti biasa di Jalan Travers.

12.30 tengah hari: Peserta Bersih 5 yang berhimpun di Masjid Negara sejak jam 8 pagi tadi mula bergerak melalui Jalan Pudu menuju ke Masjid Jamek berikutan Jalan Kinabalu ke Dataran Merdeka disekat sepenuhnya.

12.30 tengah hari: Lebih 100 anggota penguatkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah mula bersiap sedia di Padang Merbok bagi mengawal keadaan di tempat peserta Baju Merah berkumpul.

12.20 tengah hari: Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreneevasan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Aktivis, Adam Adli berunding dengan pihak polis untuk mendapatkan kebenaran melepasi sekatan polis di Jalan Travers.

12.20 tengah hari: Dianggarkan 1,000 peserta Baju Merah tiba di Padang Merbok.

12.18 tengah hari: Peserta Baju Merah mula menghampiri Padang Merbok, dari PWTC melalui Jalan Raja Laut.

12.10 tengah hari: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melalui Jalan Tun Perak bersama penyokong Bersih 5 dan meminta semua peserta bergerak menuju Jalan TAR.

12.05 tengah hari: Kumpulan Baju Merah yang berkumpul di Jalan Raja Laut mula bergerak ke Padang Merbok.

12.02 tengah hari: Kira-kira 80 peserta Baju Merah dari Ipoh yang sudah mula berkumpul sejak jam 5.30 pagi di Padang Merbok, sudah mula bersurai menaiki bas.

12.00 tengah hari: Bas membawa anggota polis tambahan dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di Jalan Travers bagi menyekat perarakan peserta Bersih 5 dari LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka.

11.58: Pertambahan anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga di Padang Merbok. Sebelum ini hanya kira-kira 50 anggota dan pegawai polis berkawal di lokasi berkenaan.

11.55: Peserta yang berarak dari Bangsar tiba di Masjid Negara.

11.54: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersedia untuk mengusir kumpulan Baju Merah yang berkumpul di Jalan Raja Laut.

11.50 pagi: Polis mengarahkan orang awam yang berada di sekitar kawasan pusat beli-belah Sogo mengosongkan kawasan sekitar menuju ke arah Dataran Merdeka.

11:42 pagi: Kumpulan Baju Merah sedang menunggu di Jalan Raja Laut sementara pasukan polis menyediakan laluan kepada mereka supaya tidak bertembung dengan peserta BERSIH 5.

11.30 pagi: Polis menahan seorang penyokong baju kuning selepas didapati menerbangkan dron miliknya di Jalan Tunku Abdul Rahman.

11.30 pagi: Dianggarkan kurang dari 100 orang peserta Baju Merah berada di Padang Merbok setakat ini.

11.29 pagi: Polis meminta peserta Bersih 5 untuk meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan berdekatan stesek minyak Shell, Bangsar.

11.28 pagi: Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin tiba di Jalan TAR. Beliau yang menyertai peserta Bersih 5 dengan laungan 'Reformasi' dan 'Di Mana Jamal'.

11.28 pagi: Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersedia berhadapan kumpulan Baju Merah dianggarkan seramai 1,000 orang yang dikatakan sedang menuju ke arah Sogo. Pasukan keselamatan akan cuba melencongkan mereka ke Padang Merbok supaya tidak bertembung dengan peserta Bersih 5.

11.27 pagi: Sekumpulan peserta Baju Merah masih lagi berkumpul di sekitar Padang Merbok.

11.20 pagi: Sekumpulan kecil peserta Bersih 5 masih lagi cuba melalui Padang Merbok menuju ke Dataran Merdeka dan bertembung peserta Baju Merah yang berkumpul kawasan itu sejak awal pagi. Tiada kekecohan berlaku.

11.19 pagi: Ribuan peserta Bersih 5 mula berarak dari LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka sambil melaungkan "Oh Malaysiaku"

11.12 pagi: Peserta Bersih 5 mula membanjiri di kedua arah laluan Jalan Tun Perak berhampiran dengan LRT Masjid Jamek. Dianggarkan lebih 3,000 peserta setakat ini. Turut kelihatan, peserta Bersih 5 yang membawa kanak-kanak.

10.55 pagi: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mengasari seorang peserta Bersih 5.0 di Padang Merbok.

10.50 pagi: Polis menasihati penganjur program Bersih 5, Ivy Josiah supaya mengawal peserta daripada sebarang tindakan yang menjejaskan keselamatan.

10.30 pagi: Penasihat DAP, Lim Kit Siang ditemani Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok di hadapan LRT Bangsar

10:29 pagi: Seorang pegawai polis meminta sekumpulan individu memakai baju kuning beredar dari pekarangan SOGO atau menukar baju kerana bimbang kehadiran kumpulan Baju Merah yang lebih ramai daripada mereka akan menimbulkan huru-hara.

10.20 pagi: Antara peserta Bersih 5 cuba melalui kawalan polis di Jalan Parlimen bagi menuju ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun, polis tidak membenarkan mereka melalui halangan berkenaan.

10.10 pagi: Semakin ramai peserta baju kuning banjiri laluan ke Masjid Jamek, namun keadaan masih terkawal

10.09 pagi: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan bersama sebahagian peserta Bersih 5 memukul gendang dan menyanyikan lagu 'Bersih' di hadapan LRT Bangsar

10.04 pagi: Semakin ramai peserta Bersih 5 berhimpun di sekitar Masjid Jamek sambil laung slogan Reformasi. Kekuatan peserta dianggarkan 2,000 orang ketika ini

9.55 pagi: Orang ramai mula membanjiri kawasan sekitar Masjid Negara yang datang dari arah stesen KTM Kuala Lumpur

9.56 pagi: Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan aktivis, Adam Adli Abd Halim kelihatan di hadapan LRT Bangsar

9.49 pagi: Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Datuk Ambiga Sreenevasan ketika berucap berkata roh mereka yang ditahan semalam bersama peserta hari ini

9.45 pagi: Lebih ramai peserta Bersih 5 membanjiri kawasan sekitar Masjid Jamek sambil membunyikan vuvuzela, laungkan slogan-slogan Bersih. Peserta dianggarkan 400 orang

SEBAHAGIAN daripada kumpulan baju kuning berkumpul di sekitar stesen LRT Masjid Jamek pada perhimpunan Bersih 5. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

9.42 pagi: Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat halangan di hadapan Jalan Dang Wangi menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)

9.36 pagi: Lebih 300 kumpulan Baju Merah berarak di Jalan Raja Laut dan berkumpul di hadapan bangunan LPPKN

9.35 pagi : Kira-kira 1,000 peserta Bersih 5 berkumpul sambil bersorak di hadapan LRT Bangsar.

9.29 pagi: Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat bergerak dan bersiap sedia berkawal sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Raja Laut.

9.29 pagi: ADUN Bandar Hilir, Melaka, Tey Kok Kiew bersama beberapa peserta Bersih 5 dari Melaka yang berkumpul di Dataran Maybank Bangsar.

9.26 pagi: Beberapa peserta Bersih 5 dilihat menjual baju-T Kuning dan bandana di pekarangan Dataran Maybank, Bangsar

9.20 pagi: Lebih 100 peserta Baju Merah mula meninggalkan kawasan Masjid Jamek dan menghala ke Padang Merbok untuk berkumpul di sana

9.18 pagi: Sekumpulan peserta baju kuning dan merah bertembung, keadaan mula kecoh namun masih terkawal di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran Dataran Merdeka

8.45 pagi: Kira-kira 400 penguatkuasa DBKL berarak dari Jalan Parlimen menuju ke Menara DBKL dan Dataran Merdeka bagi membantu mengawal keadaan.

8.45 pagi: Beberapa individu memakai baju kuning dilihat berada di sepanjang Jalan Tun Perak

8.35 pagi: Kira-kira 200 peserta Bersih 5 berkumpul di sekitar kawasan Dataran Maybank, Bangsar sejak jam 7.30 pagi tadi

8:27 pagi: Polis mengadakan sekatan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di hadapan Sogo menghala ke arah Dataran Merdeka. Hampir 50 peserta Bersih 5 mula berkumpul sepanjang jalan TAR

8.28 pagi: Jalan menghala ke Dataran Maybank, Bangsar dari kedua-dua arah ditutup dan dikawal polis

8.32 pagi: Kira-kira 80 peserta Baju Merah tiba di sekitar kawasan Padang Merbok sejak jam 5.30 pagi tadi

Antara kumpulan Baju Merah tiba di Padang Merbok.

8.30 pagi : Jalan ke Padang Merbok dari arah Dataran Merdeka ditutup

JALAN ke Padang Merbok dari arah Dataran Merdeka ditutup.

8.05 pagi: Pihak polis mengadakan sekatan di Jalan Kinabalu menghala ke Dataran Merdeka

PIHAK polis mengadakan sekatan di Jalan Kinabalu menghala ke Dataran Merdeka.

7.20 pagi: Peserta mula berkumpul di Masjid Negara seawal jam 6 pagi tadi

7.10 pagi: Polis dan FRU mula mengadakan sekatan dan mengawal sekitar Masjid Negara

Berita Harian X