Sabtu, 19 November 2016 | 10:48am

Bersih 5: Keadaan masih terkawal

SEBAHAGIAN daripada penyokong baju kuning berkumpul di sepanjang Stesen LRT Masjid Jamek pada perhimpunan Bersih 5. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman denda RM40,000 terhadap Syarikat Wego Malaysia Construction Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya, Lim Kim Teong, 40, selepas mengaku salah gagal dan cuai dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat hingga mengakibat  kematian dan kecacatan kekal kepada pekerja. - Foto Muhaizan Yahya

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 5, Gerakan Baju Merah dan kumpulan lain di beberapa lokasi di ibu negara dilaporkan masih terkawal setakat jam 10.30 pagi tadi.

Peserta dikatakan mula berhimpun seawal jam 5 pagi di beberapa lokasi termasuk di Masjid Jamek, Dataran Maybank, Bangsar, sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Padang Merbok dan Dataran Merdeka.

Perhimpunan Bersih 5 dijadualkan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang hari ini, dengan peserta berhimpun di Dataran Maybank di Bangsar dan Masjid Negara sebelum berarak ke sekitar Dataran Merdeka.

Sebanyak 58 jalan membabitkan tujuh kawasan utama di sekitar ibu negara dilencongkan mulai jam 7 pagi tadi susulan perhimpunan Bersih 5 di Dataran Merdeka.

Lencongan membabitkan kawasan sekitar Maybank (Bangsar), Little India (Brickfields), Masjid Negara dan Muzium Negara, Sogo dan Dataran Merdeka, Parlimen dan Bank Negara, Pudu Sentral dan Pasar Seni, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Jalan Chow Kit.

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Pengerusi Bersih 2, Datuk S Ambiga dan aktivis Adam Adli Abd Halim turut kelihatan di beberapa lokasi termasuk di hadapan LRT Bangsar.

Menjelang penganjuran perhimpunan hari ini, sebanyak 16 tangkapan dibuat masing-masing membabitkan 11 orang kumpulan Bersih dan lima orang daripada Gerakan Baju Merah.

Berita Harian X