Ahad, 20 November 2016 | 9:15am

Rosmah hadiri sesi ucapan CEO Facebook

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Peru, Carlos Basombrio (kanan) sejurus tiba di Lima Peru bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. Turut kelihatan Duta Malaysia ke Peru Chuah Teong Ban (kiri). - Foto BENAMA

LIMA (Peru): Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sesi ucaptama oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 hari ini.

Sidang kemuncak itu diadakan dalam rangka Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2016 di sini.

Rosmah berada di ibu negara Peru bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mesyuarat dua hari itu.

Rosmah menyertai Wanita Pertama Peru, Nancy Lange Kuczynksi, dan pasangan pemimpin APEC yang lain ke sesi ucapan Zuckerberg mengenai revolusi kesalinghubungan.

APEC yang diasaskan pada 1989, adalah satu forum ekonomi, perdagangan dan pelaburan dalam kalangan 21 negara lingkaran Pasifik. Anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Russia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X