Ahad, 20 November 2016 | 10:50am

Juruteknik kilang maut kemalangan

BUKIT MERTAJAM: Seorang juruteknik kilang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Rozhan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, K Karunakaran, 21, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata mangsa yang menunggang motosikal dari arah Alma menghala Permatang Tinggi, bertembung dengan motosikal yang ditunggang seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

"Akibat pertembungan itu, mangsa melambung dan terjatuh di atas jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pelajar berkenaan cedera parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk rawatan lanjut," katanya.

Berita Harian X