Ahad, 20 November 2016 | 7:28pm
PASUKAN Lagenda FC Junior muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun 7 Sebelah, Piala Datuk Soh Chin Aun anjuran kelab Lagenda FC, di Stadium Hang Tuah.

Legenda FC Junior juarai Piala Chin Aun

[email protected]

MELAKA: Pasukan Legenda FC Junior muncul juara Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun 7 Sebelah Piala Datuk Soh Chin Aun anjuran kelab Legenda FC di Stadium Hang Tuah, hari ini.

Skuad berkenaan unggul selepas menang 1-0 ke atas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Cheng untuk merangkul piala Chin Aun yang antara lain penganjuran bertujuan mendedahkan bakat baharu dalam kalangan pemain bangsa Cina yang sebelum ini amat sinonim dalam sukan bola sepak wira bola sepak 70-an dan 80-an.

Tempat ketiga dan keempat pula milik JKC Cheng B dan SJKC Bukit Beruang.

Presiden Legenda FC, Datuk Gary Choo berkata, antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bachang, Bukit Beruang, SJKC Wen Hua Bukit Baru, SJKC Kiow Min Alor Gajah , SJKC Cheng, Legenda FC Junior dan SJK Kek Seng, Bukit Baru.

Menurutnya, walaupun pemain daripada pelajar aliran SJKC, namun skuad berkenaan turut diwakili pelajar Melayu dan India yang disenaraikan dalam pasukan berkenaan.

Hadir sama Datuk Soh Chin Aun dan bekas pemain kebangsaan Soh Chor Len , Ching Hong Aik dan bekas pemain Melaka 1980-an Ng Joon Tai, Lim Yu Poh dan Musafar Shah Dawood Shah.

Menurutnya, kejohanan berkenaan sekurang-kurangnya menarik penyertaan pemain muda dalam kalangan pelbagai kaum yang menyokong usaha menyemai bibit perpaduan kaum menerusi sukan bola sepak.

Sementara itu, Chin Aun berkata, minat dan kecenderungan ibu bapa dalam akademik menyebabkan anak kaum Cina tidak terdedah dengan bola sepak berbanding era lampau.

"Penganjuran kejohanan ini sekurang-kurangnya menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka mendalami ilmu bola sepak.

"Malah apa yang penting bola sepak adalah medan penyatuan kaum dan bangsa yang pernah kami lalui bersama semasa skuad 1972 dan 1980 yang layak ke Olimpik Munich dan Moscow," katanya.

Berita Harian X