Rabu, 23 November 2016 | 10:31am

Diplomat Australia akan jumpa remaja miliki dadah di Bali


MENTERI Luar Australia, Julie Bishop.

CANBERRA: Menteri Luar Australia, Julie Bishop, berkata diplomat akan menemui remaja negara itu yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah ketika meraikan cuti persekolahan di Bali, Indonesia.

Jamie Murphy didakwa ditemui dengan beg plastik kecil mengandungi serbuk putih oleh kakitangan keselamatan kelab malam di Kuta pada awal Selasa.

Remaja berusia 18 tahun itu berpesta dengan rakannya dari sekolah tinggi di Perth, Australia.

Bishop memberitahu televisyen Sky News pada Rabu kakitangan konsulat sudah menghubungi Murphy yang berada dalam sel polis di Kuta dan akan bertemunya secepat mungkin.

Akhbar melaporkan remaja itu boleh dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara jika serbuk itu terbukti tidak sampai lima gram dadah terlarang. -AP

23 dibaca
Berita Harian X