Khamis, 24 November 2016 | 12:11am

Harap dibantu, Nasuha mahu ke sekolah asrama penuh

JITRA: Kesempitan hidup keluarga mungkin menyebabkan seorang murid cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP).

Nur Nasuha Abu Bakar, 12, satu-satunya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kodiang, mendapat keputusan 6A dalam UPSR baru-baru ini dan berhasrat meneruskan pelajarannya ke SBP terutama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.

PELAJAR Sekolah Kebangsaan (SK) Kodiang, Nur Nasuha Abu Bakar menunjukkan slip keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama ibu, Norishah Mohamad (kanan) serta rakan dan guru. - Foto Amran Hamid

Namun, katanya, pendapatan tidak menentu bapanya sebagai mekanik jentera penuai padi selain tiga adik beradiknya yang masih bersekolah mungkin menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat itu.

Malah, katanya, abangnya yang mendapat 5A dalam UPSR, yang kini berusia 18 tahun, juga tidak dapat meneruskan pelajaran ke asrama penuh kerana kesempitan hidup ketika itu.

"Dulu abang juga cemerlang dalam UPSR dengan keputusan 5A tetapi kerana keluarga tidak mampu membiayai persekolahannya di asrama penuh, abang membatalkan hasratnya dan hanya belajar di sekolah biasa.

"Kalau boleh saya tidak mahu keadaan itu berlaku pada saya kerana saya mahu bersaing dengan rakan sebaya yang lebih pandai selain terdedah dengan kaedah pembelajaran yang lebih mencabar," katanya.

NUR Nasuha Abu Bakar menunjukkan slip keputusan 6A yang diperoleh dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar menunjukkan slip keputusan 6A yang diperoleh dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini. - Foto Amran Hamid

Nur Nasuha adalah anak keempat dari lima beradik yang mana tiga adik-beradiknya berusia 10, 13 dan 16 tahun masih bersekolah.

Ibu Nur Nasuha, Norishah Mohamad, 39, berkata mereka tidak mampu menghantar Nur Nasuha ke sekolah asrama penuh kerana suaminya Abu Bakar Mat, 43, berpendapatan tidak menentu.

Katanya, Nur Nasuha tidak pernah merungut biarpun sering terputus duit saku ke sekolah malah selepas sesi persekolahan, dia akan membantu saya buat kerja rumah.

"Abang sulungnya kini sudah berusia 18 tahun dan sudah bekerja, sekarang saya sangat berharap Nur Nasuha dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh tetapi apakan daya kami tidak mampu.

NUR Nasuha tidak kisah memakai sekolah yang terkoyak dipakai selama setahun kerana faham kesempitan keluarga. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha tidak kisah memakai sekolah yang terkoyak dipakai selama setahun kerana faham kesempitan keluarga. - Foto Amran Hamid

"Kami nak beli kasut baharu kepada dia pun tak mampu, hanya sepasang kasut yang dia pakai selama setahun, namun mujurlah dia faham," katanya.

Guru kelas, Shafinaz Ghazali, berkata sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bercadang mewujudkan tabung bagi merealisasikan hasrat Nur Nasuha ke SBP.

Orang ramai yang mahu membantu Nur Nasuha, dia boleh menghubungi 017-2496484 atau menerusi nombor akaun Agro Bank murid itu, 2005031000080328.

NUR Nasuha Abu Bakar menunjukkan keadaan pintu rumahnya yang berlubang di Kampung Paya, Jalan Sanglang, Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar menunjukkan keadaan pintu rumahnya yang berlubang di Kampung Paya, Jalan Sanglang, Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar (kanan) selepas menunaikan solat bersama rakannya di Surau Sekolah Kebangsaan (SK) Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar (kanan) selepas menunaikan solat bersama rakannya di Surau Sekolah Kebangsaan (SK) Kodiang. - Foto Amran Hamid
NORISHAH Mohamad menemani anaknya, Nur Nasuha Abu Bakar pulang dari sekolah. - Foto Amran Hamid
NORISHAH Mohamad menemani anaknya, Nur Nasuha Abu Bakar pulang dari sekolah. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar bersama ibu, Norishah Mohamad (kanan) serta ahli keluarga di hadapan rumah mereka di Kampung Paya, Jalan Sanglang, Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar bersama ibu, Norishah Mohamad (kanan) serta ahli keluarga di hadapan rumah mereka di Kampung Paya, Jalan Sanglang, Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar (tengah) mengulangkaji pelajaran bersama rakan di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar (tengah) mengulangkaji pelajaran bersama rakan di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar membantu keluarga di rumahnya di Kampung Paya, Jalan Sanglang, Kodiang. - Foto Amran Hamid
NUR Nasuha Abu Bakar membantu keluarga di rumahnya di Kampung Paya, Jalan Sanglang, Kodiang. - Foto Amran Hamid
Berita Harian X