Khamis, 24 November 2016 | 11:07am

Ekonomi suku ketiga Singapura menguncup

SINGAPURA: Ekonomi Singapura menguncup 2.0 peratus bagi tempoh Julai-September berbanding tiga bulan sebelumnya.

Singapura merendahkan unjuran pertumbuhan ekonomi dan eksport bagi 2016 selepas mengesahkan berlakunya penguncupan dalam pengeluaran pada suku kewangan ketiga, meningkatkan risiko kemelesetan ekonomi di tengah-tengah ketidaktentuan baharu berhubung perdagangan dunia di bawah pentadbiran presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ekonomi Singapura dijangka berkembang pada kadar 1.0-1.5 peratus tahun ini, berbanding unjuran sebelum ini pada kadar 1.0-2.0 peratus, kata Menteri Perdagangan dan Industri dalam satu kenyataan.

Ekonomi negara itu menguncup 2.0 peratus bagi tempoh Julai-September berbanding tempoh tiga bulan sebelum itu bersandarkan penyelarasan tahunan dan bermusim. - Reuters

Berita Harian X