Khamis, 24 November 2016 | 12:31pm

Lebih usaha rangsang permintaan minyak sawit global

BALI: Pengeluaran minyak sawit Indonesia dijangka susut 15 peratus kepada 22.5 juta tan, kata Pengerusi Persatuan Pengeluar Minyak Sawit Indonesia (GAPKI), Joko Supriyono.

"Ia adalah sangat penting untuk Indonesia, terutama di platform kerajaan dengan kerajaan, untuk menggalakkan lebih banyak permintaan bagi minyak sawit dari pelanggan tradisional kami," katanya.

Joko berucap di hadapan kira-kira 1,300 perwakilan dari lebih 30 negara pada Persidangan Minyak Sawit Indonesia (IPOC) Ke-12 di Bali, Indonesia, pagi ini.

Persatuan Pengeluar Minyak Sawit Indonesia atau Gabungan Pengusaha Kelapa Sawit Indonesia (GAPKI) menjadi penganjur persidangan kelapa sawit tahunan terbesar di dunia, bermula hari ini.

Pengerusi IPOC, Mona Surya, berkata sejumlah enam juta isi rumah di Indonesia bergantung kepada penanaman kelapa sawit.

"Ini bermakna terdapat lebih daripada 24 juta orang yang membuat hidup dari sektor ini," katanya pada majlis perasmian pagi ini.

Mona berkata, melalui kempen positif kesedaran, masyarakat akan melihat bagaimana strategik peranan sektor sawit dalam menyumbang kepada ekonomi.

Berita Harian X