Sabtu, 6 Disember 2014 | 11:14am

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 24 Disember

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa ke-10 mulai 9 Disember hingga 24 Disember ini.

Penguatkuasaan perintah berkurung bagi fasa kesembilan di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna akan berakhir pada 8 Disember ini..

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata perintah berkurung itu dilanjutkan walaupun tahap keselamatan di Sabah terkawal.

"Ini kerana risikan kita mendapati mereka (penjenayah) masih merancang untuk menggerakkan penculikan dan pencerobohan di negeri ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah, di sini sebentar tadi.

Penguatkuasaan bagi fasa kesembilan ini mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, sama seperti sebelum ini.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X