Sabtu, 6 Disember 2014 | 4:42pm

Hoki Piala TNB: UniKL sedia gempur Maybank lagi

PEMAIN Sapura, M Azrul Hasbullah (kiri) diasak oleh pemain TNB pada perlawanan suku akhir pusingan pertama Malaysian Hockey Confederation (MHC) di antara Sapura menentang TNB di Stadium Hoki, Bukit Jalil, semalam. - Foto Muhd Asyraf Sawal
PEMAIN Sapura, M Azrul Hasbullah (kiri) diasak oleh pemain TNB pada perlawanan suku akhir pusingan pertama Malaysian Hockey Confederation (MHC) di antara Sapura menentang TNB di Stadium Hoki, Bukit Jalil, semalam. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Jurulatih UniKL, Arul Selvaraj sudah bersedia membuat perancangan awal untuk menghadapi perlawanan kalah mati kedua, Kejohanan Hoki Piala TNB menentang Maybank, esok.

Anak didiknya menewaskan Maybank 3-1 dalam perlawanan pertama, semalam dan dia menuntut setiap pemain memberi fokus penuh untuk mengatasi halangan lawan dan layak ke separuh akhir pada edisi kali ini.

"Kami harus memijak di bumi nyata. Kami belum menang apa-apa lagi kerana esok masih ada satu lagi perlawanan penting.

"Tapi saya yakin pemain saya tidak akan menghampakan pasukan," kata Arul.

Dalam satu lagi perlawanan peringkat sama Tenaga Nasional menewaskan Sapura 4-3 untuk menyalakan impian mereka.

Dua pasukan teratas liga, Pasukan Hoki Terengganu (THT) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) tidak beraksi dan hanya menunggu dua pemenang daripada saingan kalah mati ini untuk perlawanan separuh akhir nanti.

Pemenang UniKL - Maybank akan menentang THT manakala KLHC bertemu pemenang Sapura-TNB.

INFO

Keputusan semalam

UniKL.....3 Maybank....1

Tenaga....4 Sapura.......3

ESOK (Ahad)

Sapura mln Tenaga

(Pdg II, Std Hoki Nasional Bukit Jalil, 6 ptg)

Maybank mln UniKL

(Pdg II, Std Hoki Nasional Bukit Jalil, 8 mlm)

Berita Harian X