Selasa, 29 November 2016 | 9:08pm

22,000 anggota keselamatan awasi perhimpunan bantah Ahok Jumaat ini

Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama (tengah), yang dikenali dengan nama samaran 'Ahok', dilihat dengan penyokong dan ahli-ahli pasukan peguamnya di luar ibu pejabat polis selepas disoal siasat atas tuduhan menghina Islam di Jakarta, Indonesia pada 22hb November lalu. - Foto REUTERS

JAKARTA: Ribuan anggota keselamatan Indonesia akan dikerah mengawasi perhimpunan bakal dianjurkan minggu ini susulan bantahan terhadap gabenor ibu kota ini yang beragama Kristian, kata polis.

Kira-kira 22,000 anggota polis dan tentera serta pasukan paramedik akan ditempatkan mengawasi jalanan Jumaat ini bagi menghadapi perhimpunan menentang Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang mencetuskan kemarahan umat Islam negara itu kerana dikatakan menghina Islam.

Polis berkata, mereka menjangka sekurang-kurangnya 150,000 penunjuk perasaan akan menyertai bantahan menentang Ahok, yang juga etnik minoriti Cina di Indonesia.

Ahok disiasat bulan ini selepas kumpulan Islam tegar menuntut beliau didakwa kerana menghina al-Quran ketika berkempen dalam pilihan raya gabenor.

Kontroversi itu dilihat sebagai ujian toleransi keagamaan di Indonesia di mana golongan minoriti sering diserang.

Beberapa pemantau bagaimanapun berkata ia lebih kepada politik, pesaing gabenor sengaja membangkitkan kemarahan dalam usaha mengurangkan sokongan kepada Ahok. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X