Rabu, 30 November 2016 | 10:46pm

Gas pemedih mata lerai penunjuk perasaan

POLIS antirusuhan Sudan bertempur dengan sekumpulan penunjuk perasaan, yang menentang keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api di Khartoum. - Foto http://www.worldbulletin.net/

KHARTOUM: Polis antirusuhan Sudan melepaskan gas pemedih mata kepada sekumpulan penunjuk perasaan, termasuk peguam dan wartawan, yang menentang keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api.

Bantahan berterusan diadakan dalam minggu ini terhadap pemotongan subsidi yang menyebabkan peningkatan mendadak dalam kos barangan lain, termasuk ubat-ubatan.

Demonstrasi hari ini dibuat selepas mogok anjuran beberapa kumpulan pembangkang di seluruh negara selama tiga hari berakhir. Ia mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

"Tidak kepada kenaikan harga," jerit kira-kira 300 lelaki dan wanita sambil berarak di sepanjang jalan utama di Omdurman dekat Khartoum. - AFP

Berita Harian X