Khamis, 1 Disember 2016 | 11:53am

Najib berdoa di akhir ucapan dasar

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berdoa di akhir ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO, sebentar tadi.

"Ayuhlah kita berdoa, BismillahirRahmanirRahim, Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini, dan negara yang tercinta ini.

"Ya Rabbi, Kerana di sinilah kami lahir, tumpah dan menitiknya darah kami, di sinilah kami dibesarkan, di tanah dan perwilayahan ini kami berjuang serta di persempadanan ini juga kami akan disemadikan satu hari kelak.

"Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau yang tidak memberi pertolongan, taufik dan hidayah, maka, pada siapalah lagi dapat kami bergantung dan meletakkan urusan hidup serta mati kami juga anak cucu kami.

"Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.

"Duhai Sang Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan kepada Bangsa Melayu, Parti UMNO dan Rakyat sekalian serta datangkanlah bahagia pada tanahair ini.

"Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung,kami berjanji akan berjuang bermati-matianhingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa kami ditukar ganti. Amin Allahumma Amin!"


PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak membacakan doa ketika Ucapan Dasar pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC, hari ini. - Foto BERNAMA

PERWAKILAN mengaminkan bacaan doa semasa majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC, hari ini. - Foto Roslin Tahir
Berita Harian X