Jumaat, 2 Disember 2016 | 8:36am

Bale kena rehat sehingga April 2017

BINTANG Real Madrid, Gareth Bale.

MADRID: Bintang Real Madrid, Gareth Bale kemungkinan terpaksa berehat sehingga empat bulan selepas menjalani pembedahan pada pergelangan kaki kanannya, menurut laporan media di Sepanyol.

Pada awalnya, Bale berharap boleh kembali beraksi dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas mengalami kecederaan ketika kemenangan 2-1 dalam kempen Liga Juara-Juara di Sporting Lisbon, minggu lalu.

Bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan di London, kelmarin, Madrid sports daily AS melaporkan pemain Wales itu tidak mungkin untuk kembali sebelum April.

Ia juga satu tamparan hebat buat Madrid bagi menghadapi beberapa saingan termasuk La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.

Malah, ketiadaan Bale juga dilihat boleh menjejaskan peluang Wales untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Apa yang pasti Bale bakal terlepas pertembungan El Clasico berdepan Barcelona, esok, ​​Piala Kelab Dunia (akhir bulan ini) dan perlawanan pertama Real dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. - AFP

Berita Harian X