Sabtu, 3 Disember 2016 | 4:34pm

UMNO 2016: Ucapan Penggulungan Ketua Puteri

1. Terima kasih diucapkan kepada YAB Presiden atas ucapan dasar yang cukup bermakna kepada kita semua apatah lagi dalam keadaan beliau mengharungi segala cubaan dan cabaran tanpa henti. Bukan mudah untuk meneruskan perjuangan dengan segala kekuatan yang apatah lagi orang no.2 dalam parti sebelum ini berikrar janji sehidup setia, terlerai ikatannya.

Daun semalu di tepi titi
Di hujung padang ada perigi
Patah tumbuh Allah ganti
Alhamdulillah lebih baik lagi.

2. Pastinya dalam menjadikan UMNO sebagai penggerak Tranformasi Nasional, presiden meletakkan harapan yang paling tinggi, buat kami anak-anak muda dalam UMNO. Insyallah, kami barisan kepimpinan puteri akan bersama dengan YB KJ merealisasikan segala bentuk impian TN50 satu kejayaan yang akan menjadi kebanggaan kita semua walaupun, ketika itu saya dan KJ sudah berusia 74 tahun.

3. Buat DS Zahid, terima kasih kerana terus mengajar kami erti Kesetiaan dan kepatuhan. Sesungguhnya PPUM menginsafi akan "Dasarwarsa Politik Mencabar ini". Di usia UMNO 70 tahun, saat detik bersejarah sewaktu majlis pecah tanah ini dibuat, hati kecil ini tertanya-tanya bagaimana 70 tingkat KL PWTC ini tersergam inidah adalah kita masih berdiri megah atau adakah kuasa kita telah disanggah dan mula merasa Lelah.

4. Pastinya kita menginsafi kita sedar hari ini kita berdepan cabaran dari luar parti. Jadinya, kita di dalam ini janganlah turut sama menambahkan beban lagi pada parti. Puteri jelas dan juga tidak menafikan yang kita agak terkesan dek perbuatan ketidaksetiaan didalam parti. Sesungguhnya dalam keperitan ini, Puteri Peduli kita semua perlulah muhasabah diri dan segera perbaiki diri.


KETUA Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggulung perbahasan di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Fadli Hamzah

Mengukuhkan Parti

5. UMNO ini pada hakikatnya macam sebuah keluarga politik yang besar. Justeru, saya menyeru kepada diri saya dan semua ahli parti supaya keluarga umno kita ini dengan politik kasih sayang, bukannya sempitkan keluarga besar kita ini dengan politik kebencian.

6. Pastinya sebagai KPUM saya bertanggungjawab meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh pemimpin Puteri terdahulu sebelum kami. Alhamdulillah, pelbagai transformasi telah dilakukan bagi memastikan legasi ini dapat menyentuh hati golongan wanita muda di era ini. Pelbagai pendekatan melalui program berbeza kepada golongan sasar yang berlainan. SWINAS, ADINDA, Kembara Ilmu, Pentas anak muda, kelip-kelip, Festival Wanita Muda, Teater Mencari Summayyah, The Beauty of Austism dan pelbagai lagi.

7. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan ahli pergerakkan Puteri UMNO Malaysia yang banyak membantu, bekerja dengan komited dan setia bersama parti walaupun, mengalami pelbagai kenkangan. Puteri akan teruskan agenda menangkan parti pada PRU akan datang nanti.

8. Walaupun berlaku pertembungan antara harapan, kesetiaan dan penderhakaan. Walaupun ada yang cuba berpaling tadah, ada yang ugut mengugut, ada juga yang merajuk, tidak kurang juga yang sabotaj. Kami pilih untuk terus Setia. Malah didalam dewan ini juga turut pilih untuk setia. Ramai diluar dewan walaupun duduk bersila, entah dah makan entahkan tidak tetapi yang penting mereka kakak-kakak wanita, adik-adik puteri tetap hadir dan Setia bersama parti dan presiden.

Sidang Perwakilan sekalian,

9. Tarikh 27/11/2016 yang lalu, telah diadakan Pertemuan Kembali Merah Jambu (Pink Reunion), buat pertama kalinya kami mengumpulkan mantan-mantan puteri sejak dari awal penubuhan Puteri 15 tahun yang lalu. Puteri tidak pernah sesekali menidakkan segala jasa-jasa yang pernah ditaburkan oleh mantan ahli-ahli puteri sebelum ini.

10. Kalau tidak ada yang hulu, tiadalah yang parang. Kalau tiada dahulu, tiadalah kami sekarang. Puteri sedar dan menginsafi sekiranya kakak-kakak kami ini tidak membuka jalan kepada kita, Puteri tidak akan berdiri sekukuh dan sepadu seperti mana kita hari ini. Puteri juga berbangga, apabila ramai antara mereka ini telah Berjaya melakar jauh dalam kepimpinan wanita, malah ramai juga dibarisan kepimpinan tertinggi UMNO.

11. Memetik bunga di siang hari
Bunga dipetik untuk cik siti
Walau onak ranjau berduri
Kuperjuangkan puteri demi parti

12. Masuk ke kota menjual delima
Niat di hati bertemu dara
Tak kira baru..tak kira lama
Wanita puteri kekal bersaudara

13. Peranan besar yang dimainkan oleh Mantan Puteri sangat kami hargai dan berterima kasih di atas segala bentuk bantuan dan komitmen kepada Puteri UMNO Malaysia. Saya sedar, selepas berakhirnya persidangan Puteri beberapa hari lalu, ada yang terasa hati dengan cara saya menyatakan hasrat perjuangan Puteri. Meminjam kata-kata Presiden, "Kita sebagai Pemimpin, Harus Berjiwa Besar". Saya ingin memohon-maaf. Pastinya saya yakin kita semua ingin yang terbaik untuk Puteri.

Sidang Perwakilan Sekalian,

Gendang perang lantng kedengaran,
Burung Dihutan Sayup Berterbangan,
Keris Ku Genggam Pedang Ku Libaskan,
Membujur Lalu..Melintang Ku Patahkan!!

14. Tumpuan Puteri kini pada kemenangan PRU ke-14. Kita tidak punya pilihan selain daripada memenangi PRU yang akan datang. Justeru, inilah masanya untuk kita rapatkan saf dan bertindak. Kemenangan hanya akan tercapai jika semua orang bekerjasama dan saling bantu-membantu. Sama ada berjawatan atau tidak, berkedudukan tinggi atau rendah, masing-masing ada kerja atas dasar tanggungjawab.

Lancang kuning bertiang tiga
Meriamnya tujuah di haluan
Mahligai emas baiklah jaga
Digelanggang jangan kemaluan

Ahli Perwakilan dan Rakan-Rakan Seperjuangan,

15. Semalam, YAB Presiden membayangkan situasi yang bakal berlaku jika DAP mengambil alih pemerintahan negara. Apakah kita semua mahu membiarkan hal itu berlaku? Saya menyeru agar kita semua berpadu tenaga, seia sekata, menggempur menghalang percaturan petualang negara. Kita mesti menang dalam PRU ke-14. Ayuh bulatkan tekad, jadikan PRU ke-14 sebagai sejarah gemilang, sebagai kubu untuk mempertahankan warisan bangsa turun temurun. Ini negara Barisan Nasional. Justeru, dengan kemenangan dalam PRU ke-14, negara yang berasaskan politik anti-Melayu DAP tidak akan sesekali kita biar menjarah negara tercinta kita!

16. Justeru, Puteri menyahut untuk bersama-sama menanggung tugas berat ini. Untuk itu, melalui Unit Sekretariat Pilihanraya Puteri menubuhkan sekretariat Unit Khidmat Pilihanraya.

17. Skuad #PuteriPeduli akan menjelajah ke seluruh negeri. Mereka inilah yang akan mendekati rakyat dengan pelbagai program bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

18. Kalau Wakil Jurucakap PEMANAS dari UMS semalam, "Jangankan makan Maggi bersama.."`

19. Skuad #PuteriPeduli akan menggembleng tenaga dan usaha supaya kita dapat memenangi hati dan keyakinan rakyat kepada UMNO. Skuad puteri Peduli ini akan digembleng macam komando, pergi ke mana sahaja hatta ke hutan belantara jika perlu untuk memenangi hati rakyat. Kalau Kakak JR perlukan tenaga #PuteriPeduli boleh bantu sama kesan pengundi. Kalau Pemuda perlukan kami untuk kerja gerak-gempur!! Skuad #PuteriPeduli sedia gempur bersama!! Memetik kata-kata YB yang manis dari KIMANIS "Walaupun sayap kita berbeza..tidak bermakna kita tidak boleh terbang bersama".

Damar batu damar kelulut
Belah kundur tengok bijinya
Tanda percaya kata mulut
Belah perutku tengok hatinya

Hadirin dan hadirat

Akhir sekali,

Mahligai Emas Kemuncak Intan
Tempat Semayam Seorang Puteri
Tuahnya Besar Ayam Tambatan
Demi Kemenangan Semua Negeri.

Ayahanda Presiden Parti... tengok-tengokkanlah permintaan sayap-sayap dalam menentukan Calon PRU yang akan datang.

Sekian

Berita Harian X