Isnin, 8 Disember 2014 | 12:11pm

Radamel Falcao hanya cergas 20 minit - Van Gaal

MANCHESTER: Radamel Falcao hanya cergas untuk aksi 20 minit sahaja, menurut pengurus pasukan Manchester United, Louis van Gaal.

Penyerang Colombia itu hadir dari bangku simpanan pada dua perlawanan terakhir dan Van Gaal berkata dia tidak peduli andai anak didiknya itu gembira dengan peranan itu.

Falcao, 28, kembali daripada kecederaan betis dan terpaksa diturunkan kerana kecederaan yang melanda pasukan ketika ini.

Van Gaal berkata: "Saya sudah memilih dia walau pun dia hanya boleh beraksi 20 minit sahaja. Dia kena ikut...itu adalah falsafah saya"

Kapten pasukan, Wayne Rooney diketepikan daripada perlawanan menentang Stoke, Selasa lalu dan pemain berusia 19 tahun, James Wilson bermula dalam kesebelasan pasukan hadapan Falcao.

Falcao yang menyertai kelab Perancis, Monaco dengan nilai STG50 juta (RM250 juta) pada 2013 kini dipinjamkan kepada Man United.

Dia dijangka memanaskan bangku pasukan sekali lagi apabila menentang Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di gelanggang lawan, awal pagi esok (Selasa).

Van Gaal mengesahkan Rooney akan bermain. - BBC Sport

Berita Harian X