Rabu, 7 Disember 2016 | 8:22am

Meteor lintas angkasa Russia

MOSCOW: Penduduk sekitar Khakassia, Russia semalam menyaksikan satu fenomena luar biasa apabila sebutir meteor melintasi ruang udaranya menyebabkan malam bertukar siang untuk seketika.

Dalam rakaman yang disiarkan semalam, meteor itu dilihat terbang melintasi bandar Sayanogorsk.

Menurut pihak berkuasa tempatan sebahagian daripadanya mendarat di lembah berdekatan Babik.

Meteorit adalah zarah debu dan batu yang berjaya melalui atmosfera dan jatuh ke permukaan bumi. - Agensi

SEBUTIR meteor melintasi ruang udara sekitar Khakassia, Russia semalam menyebabkan malam bertukar siang untuk seketika.

Berita Harian X