Khamis, 8 Disember 2016 | 3:42pm

MAVCAP sasar tubuh dana baharu AS$450j

KUALA LUMPUR: Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) sebentar tadi mencapai satu mercu jaya penting apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dengan firma modal teroka (VC) utama, Gobi Partners and Elixir Capital.

Usaha sama terbaharu antara MAVCAP dan Gobi Partners, firma VC utama dari China itu akan menyaksikan penubuhan Dana Pertumbuhan ASEAN dengan pelaburan sasaran AS$200 juta.

Ia akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan dan pembiayaan peringkat akhir bagi syarikat berkaitan inovasi dan teknologi yang sedang berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Sementara itu, MAVCAP dan Elixir Capital, sebuah syarikat pengurus dana yang berpangkalan di Silicon Valley pula, akan menubuhkan dan mengendalikan Dana Ekonomi Islam Global dengan sasaran pelaburan sehingga AS$250 juta.

Ia bertujuan menyemai dan menyokong ekosistem pembiayaan inovatif Islam.

Usaha itu dilakukan dengan kerjasama Affinis Labs dari Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Berita Harian X