Jumaat, 9 Disember 2016 | 10:02am
BUAYA lima meter ditangkap di Bekenu, kelmarin. - Foto Kandai Sidi

Buaya lima meter ditangkap di Bekenu


BUAYA lima meter ditangkap di Bekenu, kelmarin. - Foto Kandai Sidi

MIRI: Buaya sepanjang lima meter yang sering menimbulkan kebimbangan penduduk Bekenu berjaya ditangkap menggunakan pancing berumpankan seekor ayam petang kelmarin.

Reptilia itu ditangkap pihak Jabatan Perhutanan Sarawak jam 4 petang selepas mendapati terdapat banyak buaya besar di sungai itu, sehingga mengakibatkan ketakutan kepada penduduk untuk menangkap ikan, udang dan ketam di Sungai Bekenu.

Seorang penduduk Bekenu, Anung Abdullah, 47, berkata itu adalah buaya ketiga ditangkap di Bekenu  yang mana dua ekor ditembak mati penduduk tiga hari lalu.

"Masih terdapat banyak buaya besar di sungai sama dan sering mengancam keselamatan penduduk kampung yang mencari rezeki di sungai berkenaan dan sekitarnya.

"Saya difahamkan lebih 100 buaya besar atau kecil menghuni sungai itu seperti yang dimaklumkan Jabatan Perhutanan Sarawak," katanya kepada BH di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X