Ahad, 11 Disember 2016 | 3:00pm

3 maut serangan bom kereta di Mogadishu


- Gambar hiasan

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh selepas pengebom bunuh diri meletupkan bom kereta di pintu masuk pelabuhan terbesar Somalia di ibu negara Mogadishu hari ini, kata polis.

"Setakat ini, tiga orang awam terbunuh dan tujuh yang lain cedera," kata seorang pegawai polis, Mejar Abdikadi Ahmed, yang menyiasat serangan berkenaan kepada Reuters.

"Angka kematian mungkin meningkat. Ramai pengangkat barang dan kenderaan awam yang sedang beratur di luar pintu gerbang ketika letupan berlaku," katanya. - Reuters

21 dibaca
Berita Harian X