Isnin, 12 Disember 2016 | 9:13am
Harris Baba menerima kejutan hari lahirnya yang ke 25 petang semalamoleh kelab peminatnya.

Harris Baba bakal jadi bapa

Harris Baba menerima kejutan hari lahirnya yang ke 25 petang semalamoleh kelab peminatnya.

KUALA LUMPUR: Selepas meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-25 pada 8 Disember lalu, penyanyi berasal dari Singapura, Harris Baba menghitung hari untuk bergelar bapa, Februari depan.

Biarpun usianya masih muda, Harris tetap teruja untuk menimang anak.

"Tak sabar untuk bergelar bapa muda. Ia satu pengalaman baharu dan indah buat saya. Peningkatan usia dan tahun 2016 nampaknya memberi kemanisan yang berpanjangan," katanya kepada BH Online.

Harris mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha Zawawi , Mei lalu.

Mengenai kejutan diberi peminat pada majlis sambutan jadinya dan pelancaran Harris Baba Fan Club di salah sebuah hotel di ibu negara, petang semalam, Harris berkata:

"Saya tak sangka peminat sanggup mengambil inisiatif mewujudkan kelab ini. Saya sebenarnya rasa kecil apatah lagi masih hijau dalam dunia seni.

"Namun, apa yang dilakukan peminat memberi isyarat untuk saya terus memberikan yang terbaik. Single pertama saya Katakan juga menunjukkan maklum balas positif," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, jejaka kacak yang diberi jolokan Zayn Malik Malaysia itu berpeluang berganding dengan penyanyi, Ning Baizura dalam pertandingan Duo Star yang akan disiarkan Astro, tidak lama lagi.

"Saya tak menyangka dapat berkongsi pentas dengan Kak Ning. Dia umpama legenda yang sangat berharga. Saya banyak mengutip pengalaman sepanjang bersaing dengannya dalam Duo Star," katanya.

Berita Harian X