Selasa, 13 Disember 2016 | 1:35pm

10 pelajar cemerlang ikuti program 'Mirae No Tobira' di Jepun


KETUA Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafabergambar bersama pelajar yang akan mengikuti program 'Mirae No Tobira' (Gerbang Masa Depan) selama seminggu di Jepun anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM), pada sesi pelepasan pelajar bagi program berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang, hari ini. - Foto Adi Safri

SEPANG: Sepuluh pelajar cemerlang Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun lalu dipilih mengikuti program 'Mirae No Tobira' (Gerbang Masa Depan) selama seminggu di Jepun anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa, berkata program pertama kali diadakan ini adalah insentif pihaknya mengiktiraf usaha keras dan galakan terus kepada pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Katanya, semua pelajar dipilih adalah kalangan anak angkat YPM yang cemerlang dalam PT3 2015 dari seluruh negara.

"Mereka akan belajar dan merasai pengalaman kehidupan sebenar sebagai pelajar di Jepun selain meningkatkan motivasi diri untuk lebih berjaya pada masa hadapan," katanya.

Abdul Karim berkata demikian selepas sesi pelepasan pelajar bagi program berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini, hari ini.

Berita Harian X