Khamis, 15 Disember 2016 | 12:30pm

Semakan permohonan ke SBP 2017 dibuka

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga murid Tahun Enam 2016 yang memohon memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) bagi sesi 2017 boleh menyemak permohonan masing-masing mulai sekarang.

Berdasarkan makluman terkini Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), keputusan kemasukan ke SBP untuk Tingkatan Satu tahun depan sudah diumumkan dan kepada yang memohon mereka boleh menyemak keputusan penempatan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu www.moe.gov.my.

Bagi pemohon yang 'Tidak Berjaya' ditawarkan tempat di SBP, rayuan bolehlah dibuat secara online dalam sistem yang sama.

Kepada yang 'Tidak Memohon' ke SBP juga boleh membuat rayuan secara online juga dalam sistem yang sama..

Berita Harian X