Jumaat, 16 Disember 2016 | 12:10am

"Busy Book' elak anak jadi hamba gajet

PUTRAJAYA: Isu anak menjadi hamba gajet kini menjadi dilema dan kebimbangan ramai ibu bapa kerana kebergantungan mereka kepada alatan itu menyebabkan ada yang terganggu perkembangan fizikal, kemahiran motor serta kemahiran berinteraksi dengan orang sekeliling.

 

Dalam  zaman moden dan serba canggih ini, sudah ada kegiatan alternatif yang popular diperkenalkan untuk mengelak anak-anak terlalu bergantung dengan gajet dan televisyen seawal usia bayi lagi iaitu 'Busy Book'. 

 

'Busy Book', yang turut dikenali sebagai 'Quiet Book', menjadi antara produk popular yang dijual peniaga barangan kanak-kanak pada masa kini terutama secara dalam talian.

 

Pengasas Malaysian Busybook Society, Rosilawati Wahid, berkata 'Busy Book' banyak digunakan ibu bapa di barat tetapi kini ia semakin mendapat tempat di Malaysia.

 

"Busy Book adalah buku buatan tangan yang biasanya menggunakan bahan seperti kain felt dan kain kapas berwarna-warni yang di dalamnya dimuatkan pelbagai kegiatan yang boleh melatih sistem motor kanak-kanak, meningkatkan tumpuan mereka serta menggalakkan kreativiti.


'BUSY Book' atau 'Quiet Book' ini adalah salah satu kaedah pembelajaran yang sangat menyeronokkan kerana ia menggalakkan perkembangan akal fikiran kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran motor halus. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

ANTARA rekaan 'Busy Book' atau 'Quiet Book'. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

"Dalam bahasa mudah, 'Busy Book' adalah buku kegiatan yang dibuat untuk membuatkan anak-anak sibuk dengan kegiatan berfaedah. Ia bukan sekadar bahan bacaan tetapi juga mengandungi pelbagai bahan menarik di dalamnya.

"Busy Book atau Quiet Book ini adalah salah satu kaedah pembelajaran yang sangat menyeronokkan kerana ia menggalakkan perkembangan akal fikiran kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran motor halus kerana ia tidak hanya mengandungi gambar menarik tetapi juga kegiatan yang membabitkan kemahiran asas," katanya. 

 

Ibu kepada tujuh anak yang sebelum ini bekerja sebagai pelukis pelan itu, berkata antara kegiatan yang dimuatkan dalam 'Busy Book' adalah kemahiran seperti membutang, membuka dan menutup zip, memasukkan barang serta kemahiran memintal.

 

"Busy Book juga digunakan ahli terapi untuk anak-anak yang mempunyai masalah lambat pembelajaran dan autisme, yang sering dikaitkan dengan sukar memberikan tumpuan kerana kegiatan yang dimuatkan dalam buku ini mampu meningkatkan daya tumpuan mereka. 

"Buku ini selalunya digunakan ibu bapa untuk menenangkan anak-anak terutama dalam majlis keramaian, ketika di restoran, perjalanan jauh, pemanduan jarak dekat atau ketika ibu bapa mempunyai sebarang tugasan tanpa menggunakan gajet," katanya.

 


ANTARA rekaan 'Busy Book' atau 'Quiet Book'. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PENGASAS Malaysian Busybook Society, Rosilawati Wahid dan pemilik TulipPetals, Nurul Huda Ahmad menunjukkan pelbagai jenis rekaan 'Busy Book'. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Sementara itu, pemilik TulipPetals, yang menjual pelbagai jenis rekaan 'Busy Book', Nurul Huda Ahmad, 31, berkata beliau menerima sekurang-kurangnya 20 tempahan setiap bulan.

 

"Kadang kala saya terpaksa mengehadkan tempahan kerana busy book ini adalah buatan tangan dan memerlukan ketelitian untuk menyiapkannya berdasarkan permintaan pelanggan. 


NURUL Huda Ahmad menunjukkan 'Busy Book' yang dijualnya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

INFO:

  • Harga busy book tertakluk kepada rekaan/kegiatan pilihan pelanggan pada setiap muka surat bermula dengan harga RM12
  • Antara kegiatan dalam busy book 
  • Open Doors & Windows
  • Tie Shoes
  • Buckle & Belts
  • Unbutton Flowers
  • Brush teeth & hair braiding 
  • Fun Math
  • Curtain, Day, Night

ANTARA rekaan 'Busy Book' atau 'Quiet Book'. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
ANTARA rekaan 'Busy Book' atau 'Quiet Book'. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
ANTARA rekaan 'Busy Book' atau 'Quiet Book'. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Berita Harian X