X
Sabtu, 17 Disember 2016 | 12:01am
Sekitar suasana di Restoran Just Seafood di Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN
Sekitar suasana di Restoran Just Seafood di Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN
Buttermilk special sauce seafood di Restoran Just Seafood di Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN
Buttermilk special sauce seafood di Restoran Just Seafood di Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN
Lousiana Cajun Style seafood di Restoran Just Seafood, Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN

Sedap, puas nikmati tiram segar di Just Seafood

Pemilik restoran,Terence Han menunjukkan menu utama masakan yang disediakan di restoran Just Seafood, Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN
Pemilik restoran,Terence Han menunjukkan menu utama masakan yang disediakan di restoran Just Seafood, Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN

MENIKMATI tiram segar adalah pengalaman tidak dapat dilupakan kepada sesetengah orang apabila berkunjung ke restoran makanan laut, Just Seafood di tingkat bawah, pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara.

Selepas menerima pelawaan daripada pemilik yang juga pengurus restoran, Terence Ham, 40, penulis ketepikan rasa loya, lalu menikmati tiram bersaiz L yang diimport terus dari Amerika Syarikat.

Ternyata, ia sangat sedap, tiada bau yang meloyakan, malah sekali makan, pasti hendak lagi!

Menurut Terence, kebanyakan pelanggannya yang baru kali pertama mencuba tiram segar dan masih hidup, mereka akan berasa loya apabila beranggapan tiram berkenaan mempunyai bau tidak enak, namun selepas menikmatinya bersama sos istimewa dengan perahan air limau dan sedikit tabasco, kelazatannya sukar dilupakan!

Tanpa disedari, sampai lima keping tiram sempat dinikmati penulis. Tapi, awas buat mereka yang mempunyai penyakit gaot, nikmatilah tiram segar ini berpada-pada kerana ia mempunyai kandungan asid urik yang sangat tinggi berbanding makanan laut yang lain.

Diimport secara langsung

Petugas restoran menyediakan menu utama di Restoran Just Seafood di Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN
Petugas restoran menyediakan menu utama di Restoran Just Seafood di Sunway Giza Mall. NSTP/OSMAN ADNAN

Apabila berkunjung ke Just Seafood, dalam setiap hidangan pasti mempunyai makanan laut seperti ketam, udang, kepah, kupang dan sotong, cuma yang berbeza adalah jenis masakan.

Ia bergantung kepada selera pengunjung.

Bagi memberi kelainan, mereka mengimport ketam dari Indonesia dan kupang (Chile), selain tiram (Amerika Syarikat) untuk memastikan tidak mengeluarkan bau yang meloyakan.

"Paling mendapat sambutan ialah masakan stail cajun. Bagi menikmati rasa yang enak ini, hanya di Just Seafood mempunyai hidangan istimewa, seumpamanya.

"Saya bersama beberapa cef membuat penyelidikan dan penelitian selama beberapa bulan untuk menghasilkan sos istimewa ini.

"Saya yakin sos stail cajun mampu membuka selera kepada penggemar makanan laut. Secara tidak langsung, kami memberi lebih pilihan kepada pelanggan," katanya.

Walaupun baru saja beroperasi, restoran ini sudah mempunyai pelanggan tetap.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali, orang atau kumpulan yang sama, pasti berkunjung ke restoran ini, terutama tetamu asing dari Amerika Syarikat, Perancis dan Itali.

"Selain menggemari makanan laut, mereka tertarik dengan tiram hidup yang kami sajikan. Apabila bersembang, mereka memberitahu, sukar memperoleh tiram segar di kawasan Lembah Klang. Namun, apabila berkunjung ke sini, kami mampu memenuhi selera mereka, seolah-olah berada di negara sendiri," kata Terence.

INFO

Lokasi: A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Setiap hari, jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam

* Just Seafood baharu saja memulakan operasinya setahun yang lalu.

* Memperkenalkan tiga jenis masakan makanan laut yang sering mendapat perhatian iaitu stail cajun, susu mentega dan krim kacang istimewa.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X