Sabtu, 17 Disember 2016 | 7:53pm

Amaran tsunami susulan gempa 7.9 magnitud dekat PNG

SYDNEY: Gempa bumi kuat 7.9 magnitud menggegarkan luar pesisir Papua New Guinea hari ini, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran di beberapa kawasan pantai.

Gelombang tsunami yang bahaya boleh membadai kawasan pantai Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Indonesia, Nauru dan pulau lain tiga jam selepas gempa bumi itu.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60 kilometer ke timur Taron, New Ireland, pada 8.51 malam (1051 GMT) yang pada awalnya direkodkan pada 8 magnitud. Ia berlaku pada kedalaman kira-kira 75 kilometer. - AFP

Berita Harian X