Ahad, 18 Disember 2016 | 10:04am

Seorang maut, 8 cedera nahas lima kenderaan di Ayer Keroh

JASIN: Seorang lelaki maut, manakala lapan lagi cedera termasuk empat kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dan satu lori di KM 192.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran tol Ayer Keroh, pagi tadi.

Nahas jam 5.15 pagi itu membabitkan Toyota Innova, Toyota Wish, PERODUA Myvi, Mitsubishi Lancer dan sebuah lori membawa muatan ayam.

Difahamkan, mangsa maut adalah pemandu PERODUA Myvi yang melanggar bahagian belakang lori ketika cuba mengelak tiga kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan awal.

Seorang mangsa kemalangan yang juga pemandu Mitsubishi Lancer, Mohd Yazad Juri, 39, berkata kemalangan berlaku selepas hujan.

"Cuaca masih gelap, tiba-tiba nampak Toyota Innova terbabas di kiri. Saya sempat elak sebelum terbabas di lorong kanan.

"Keadaan sangat kelam kabut, dan saya sempat keluar sebelum lihat sebuah PERODUA Myvi melanggar belakang lori ayam dan terseret sejauh 200 meter," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Melaka.

KEADAAN sebuah kereta Perodua Myvi yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM192.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara di Jasin, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

KEADAAN sebuah kereta Toyota Wish yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat buah kereta dan satu lori di KM192.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara di Jasin, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

KEADAAN sebuah kereta Toyota Wish yang remuk dalam kemalangan membabitkan empat buah kereta dan satu lori di KM192.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara di Jasin, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

KEADAAN sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang remuk dalam kemalangan di KM192.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara di Jasin, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

KEADAAN sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM192.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara di Jasin, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X