Selasa, 20 Disember 2016 | 2:12pm

60 finalis Miss Tourism International 2016 lawat KLIA

MISS International 2016, Olivia Constance Nicholas, (tengah) Miss Supernational 2016, Julylen Liew Ei Ling (kanan) dan Miss Tourism 2016, Cassandra Devi Jeremiah. - Foto Munira Abdul Ghani
MISS International 2016, Olivia Constance Nicholas, (tengah) Miss Supernational 2016, Julylen Liew Ei Ling (kanan) dan Miss Tourism 2016, Cassandra Devi Jeremiah. - Foto Munira Abdul Ghani

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerima kunjungan rasmi 60 finalis Miss Tourism International 2016 mewakili pelbagai negara, di sini hari ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAHB, Nik Anis Nik Zakaria, berkata ia sebahagian daripada sesi jelajah untuk finalis sebelum ke peringkat akhir pada hujung bulan ini.

Beliau berkata, MAHB dipilih sebagai satu daripada lokasi penjelajahan kerana ia antara penaja rasmi penganjuran Miss Tourism International 2016.

"MAHB ingin memperkenalkan kepada finalis ini bahawa MAHB adalah pintu masuk utama ke negara ini," katanya di sini hari ini.

Pertandingan akhir Miss Tourism International 2016 adalah edisi ke-19 dianjurkan sejak kali pertama diadakan di Kuching, Sarawak pada tahun 1994.

Sebanyak lima anugerah disediakan termasuk Miss Tourism International, Miss Tourism Global, Miss Tourism Cosmopolitan International, Dreamgirl of the Year International dan Miss South East Asia Tourism Ambassadress.

Wakil Malaysia dalam pertandingan dunia kali ini ialah Ng Shin Ying, 20, dari Melaka yang juga Miss Malaysia Tourism 2016/17.

Nik Anis berkata, sepanjang sesi lawatan, peserta dibawa melawat gerai jualan bebas cukai di bangunan satelit pelepasan antarabangsa dan Hotel Sama-Sama.

Berita Harian X